Friday, January 9, 2009

PBB Dedah Kekejaman Israel Bunuh Rakyat Palestin -Berita Harian

JERUSALEM: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan 30 rakyat Palestin di Gaza terbunuh awal minggu ini apabila mereka diarah askar Israel berlindung di sebuah rumah yang kemudiannya dibedil.

Laporan Pejabat PBB bagi Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata, pada 4 Januari lalu askar Israel membawa 110 rakyat Palestin ke sebuah rumah di Zeitoun, tengah Gaza, dan memberi amaran supaya tidak keluar dari situ.

Laporan itu yang memetik sumber saksi menyatakan rumah itu kemudian dibedil, menyebabkan 30 daripada rakyat Palestin berkenaan terbunuh.

Tentera Israel berkata ia sedang menyiasat insiden berkenaan. - Reuters

Sekitar Demonstrasi Aman Bantah Serangan Israel di Malaysia

Berita Harian
KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 membabitkan 127 badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi aman dan menyerahkan memorandum bantahan tiga muka surat kepada wakil Duta Amerika Syarikat di sini, jam 2.45 patang tadi.

Bantahan terhadap campur tangan Amerika Syaikat ke atas serangan Israel di Semenanjung Gaza dan konlfik Palestin itu didakan di pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, di sini.

Utusan Melayu
KUALA LUMPUR 9 Jan. – Kira-kira 3,000 umat Islam mengadakan perarakan dan demonstrasi mengutuk kekejaman Israel yang menyerang dan membunuh rakyat Palestin di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini petang ini.

Mereka berarak membawa sepanduk dan kain rentang mengecam Israel dan mengajak rakyat Malaysia memboikot barangan buatan Yahudi dan Amerik Syarikat.

Ia bermula pukul 2.20 petang dari Masjid Tabung Haji berdekatan Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak, iaitu sejurus mereka selesai menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.

Mereka yang disertai ahli badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam kemudian menuju ke pejabat kedutaan tersebut di jalan yang sama.

Kira-kira 100 anggota polis trafik dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal lalu lintas serta keselamatan di lokasi berkenaan.

Majlis Keselamatan PBB Lulus Resolusi Gencatan Senjata Gaza - Berita Harian

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Majlis Keselamatan meluluskan resolusi gencatan senjata "segera dan berpanjangan" di Genting Gaza yang membawa kepada "pengunduran menyeluruh" askar Israel dalam usaha mempertingkatkan keamanan di rantau itu.

Empatbelas daripada 15 anggota Majlis Keselamatan mengundi menyokong resolusi berkenaan hasil rundingan selama tiga hari membabitkan Menteri Luar Arab; Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice; Setiausaha Luar Britain; David Miliband dan Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner.

Amerika Syarikat mengambil pendirian berkecuali pada pengundian itu. - AFP

Israel Gusar Terowong Maut Hamas - Berita Harian

GAZA: Pergerakan Hamas akan menggunakan rangkaian terowong bawah tanah yang besar untuk melancarkan serangan terhadap askar Israel yang terus menyerang Gaza jika tentera Yahudi itu memasuki kawasan padat penduduk di sini.

GAMBAR pada 2007 menunjukkan seorang penduduk Palestin yang mengorek terowong di Rafah, memakai topeng bagi mengelak daripada dikenali.

Pejuang Palestin menggunakan mortar bagi menyerang tentera rejim Zionis itu, dakwa pegawai pertahanan Israel kepada akhbar Daily Telegraph, semalam.

Anggota pasukan itu dipercayai mendapat latihan di Lubnan dan Iran. Mereka bersembunyi dalam rangkaian 300 terowong yang boleh dimasuki melalui masjid, rumah komander Hamas dan bangunan awam, dakwa pegawai itu lagi.

Dalam pertempuran, Hamas menggunakan terowong untuk mengumpan tentera Israel masuk perangkap memudahkan serang hendap dilakukan untuk menawan atau membunuh mereka.

Kesukaran berperang di bandar, bahaya ditembak rakan sendiri di kawasan sempit, disifatkan sebagai punca utama Israel mengumumkan tidak mahu memanjangkan operasi di Gaza.

Kelebihan terowong berkenaan kepada pejuang sudah lama diketahui sejak tentera Amerika Syarikat terbabit dalam Perang Vietnam.

Hamas menggunakan terowong ketika menawan Gaza - dengan mengusir tentera Fatah daripada wilayah itu pada 2007. Terowong itu dianggap pertahanan terhadap serangan Israel.

Komander Israel tidak banyak mendedahkan maklumat pertempuran di Gaza selain menghalang kemasukan wartawan ke wilayah berkenaan yang dikatakan bertujuan mengelak kesilapan yang dilakukan ketika kempen 2006 menentang pergerakan Hizbullah di Lubnan.

Sebagai persediaan, rejim Zionis membina jalan raya dan bangunan berlatar belakangkan budaya Arab di kem latihannya untuk menghadapi serangan Hamas.

"Kami bukan menentang tentera, tetapi banyak pertempuran berlaku membabitkan terowong termasuk serangan jarak dekat dan kami berusaha menghadapinya berperingkat," kata pegawai kepada media Israel.

Hamas menggunakan terowong untuk menanam letupan membolehkannya memilih waktu serangan di bangunan berhampiran kedudukan tentera Israel.

Gaza Macam Kem Tahanan Perang - Berita Harian

ROME: Pegawai kanan Vatican kelmarin mengeluarkan kritikan paling keras terhadap Israel sejak krisis terbaru Asia Barat itu bermula dan menggelar Gaza sebagai 'kem tahanan besar.'

Presiden Majlis Vatican bagi Keadilan dan Keamanan, Kardinal Renato Martino, mengeluarkan kenyataan berkenaan dalam temubual dengan akhbar online Itali, Il Sussidiario.net.

"Penduduk yang tidak berupaya mempertahankan diri selalunya menjadi mangsa. Lihat saja keadaan di Gaza: ia semakin kelihatan seperti kem tahanan yang besar," Martino dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, Israel menyelar pegawai Vatican kerana membandingkan Semenanjung Gaza dengan 'kem tahanan' dan berkata kenyataan itu 'berasaskan propaganda Hamas.'

"Mengeluarkan kenyataan yang nampaknya berasaskan propaganda Hamas sambil tidak mempedulikan jenayah pergerakan itu tidak membawa orang ramai semakin hampir dengan kebenaran dan keamanan," kata jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor. AFP/Reuters

Yahudi Zionis Tidak Berhati Perut - Berita Harian

BAITULMAQDIS: Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) semalam menuduh Israel gagal membantu mangsa yang cedera di sebuah kawasan di Gaza apabila menemui empat kanak-kanak terlalu lemah untuk berdiri dan terbaring di sebelah mayat ibu mereka.

PENDUDUK Palestin memindahkan 13 mayat satu keluarga untuk dikebumikan selepas mereka menjadi mangsa serangan Israel di daerah Zeitun.

ICRC dalam satu kenyataan berkata, kakitangannya dan pekerja Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin kelmarin menemui 12 mayat dan sekurang-kurangnya 19 orang yang masih hidup termasuk beberapa mangsa cedera dan empat kanak-kanak, dalam rumah yang musnah dalam serangan di Zeitun, kira-kira 80 meter dari kedudukan tentera Israel.

Anggota tentera mengarahkan pekerja penyelamat meninggalkan kawasan itu tetapi mereka enggan, menurut kenyataan.

"ICRC percaya tentera Israel gagal memenuhi syarat undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk menjaga dan memindahkan mangsa cedera," menurut kenyataan langsung luar biasa sambil menambah kelewatan dalam membenarkan pasukan penyelamat masuk ke kawasan itu 'tidak boleh diterima.'

Katanya, permintaan untuk memastikan perjalanan selamat bagi ambulans ke Zeitun yang dikemukakan pada 3 Januari lalu cuma diberi kelmarin.

Menceritakan detik ngeri di tempat kejadian yang disaksikan penyelamat pertubuhan itu apabila tiba di kawasan kejiranan berkenaan, ICRC berkata, pasukannya 'menemui empat kanak-kanak bersebelahan mayat ibu mereka di dalam sebuah rumah.

"Mereka terlalu lemah untuk berdiri. Seorang lelaki juga ditemui masih hidup, terlalu lemah untuk berdiri. Ada 12 mayat di atas tilam. Dalam sebuah rumah lain, penyelamat menemui 15 penduduk terselamat, sebahagiannya cedera.

"Di sebuah rumah lain, penyelamat menemui tiga mayat. Tentera Israel yang berada kira-kira 80 meter dari rumah itu mengarahkan penyelamat keluar dari situ tetapi mereka enggan," menurut kenyataan ICRC..

Ketua delegasi ICRC wilayah Israel dan Palestin, Pierre Wettach, menyifatkan kejadian itu mengejutkan.

"Tentera Israel sedar tetapi tidak membantu mangsa yang cedera malah membuatkan keadaan sukar bagi kami atau Bulan Sabit Merah Palestin untuk menyelamat mereka," katanya.

Tentera Israel tidak membincangkan dakwaan itu tetapi tetap mendakwa 'memberi kerjasama kepada pertubuhan bantuan antarabangsa supaya penduduk awam diberi bantuan.'

"Sebarang tuduhan serius yang dibuat terhadap tentera Israel perlu disiasat dengan teliti, sebaik aduan seumpama itu diterima secara rasmi," katanya.

Dalam kejadian lain di Bandaraya Gaza, seorang pegawai bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbunuh apabila tentera Israel menembak trak yang dipandunya.

Jurucakap PBB, Adnan Abu Hasna berkata kejadian itu berlaku ketika tempoh gencatan senjata Israel bagi membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza.

Katanya, agensi bantuan PBB menyelaras penghantaran itu dengan Israel serta trak berkenaan ada tanda bendera badan dunia ketika kejadian.

Tentera Israel berkata, ia sedang menyiasat kejadian berkenaan yang dijangka meningkatkan ketegangan antara badan dunia dengan Israel selepas rejim Zionis itu membedil sekolah PBB awal minggu ini. AFP/AP

30 Tentera Rejim Zionis Terbunuh Dan Lebih 100 Cedera

Wakil Biro Politik Hamas, Muhammad Nazal menegaskan mereka berjaya membunuh dan mencederakan lebih 130 tentera Isreal dalam tempoh 5 hari. Dalam satu wawancara tv Palestin, Nazal menyatakan lebih 30 tentera termasuk komandan pasukan tentera Isreal terbunuh dan yang lain mengalami kecedaraan. Ini termasuk pasukan khusus mereka bergelar “Golani”.

Pemimpin Hamas menyifatkan pencapaian ini merupakan satu kejayaan besar bagi Hamas dan rakyat Palestin. Hamas juga telah banyak menggagalkan rancangan Zionis-Israel. Dalam pada itu, tentera Israel secara rasmi hanya mengaku 9 tenteranya mati. Meskipun begitu, tentera Zionis-Israel mengetatkan dan menyekat liputan oleh media masa.

http://www.palestine-info.co.uk/en/