BANDAR GAZA 11 Jan. - Enam lagi penduduk Palestin terkorban hari ini, termasuk empat kanak-kanak dalam serangan bom Israel ke atas utara Genting Gaza.
Serangan Israel hari ini mengenai sebuah rumah di Beit Lahiya, menyebabkan dua wanita dan empat kanak-kanak maut, kata pasukan perubatan.
Sementara itu, 12 mayat lagi ditemui dalam runtuhan rumah di kawasan kediaman Tal al-Hawa dan Sheikh Ajlin, di bandar ini, hari ini.
Menurut pasukan perubatan, 10 daripada mayat itu adalah pejuang Hamas.
- AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment