Sunday, January 11, 2009

Olmert: Israel Hampiri Matlamat Kuasai Gaza - Utusan Melayu

JERUSALEM, 11 Jan. - Israel semakin menghampiri matlamat untuk menguasai Gaza melalui serangan yang dilancarkan bagi memerangi pejuang-pejuang Hamas.

Perdana Menteri Israel Ehud Olmert berkata, pencapaian ini menunjukkan perjuangan Israel memerangi Hamas semakin menghampiri kejayaan sehingga mereka berundur dari Gaza.

"Kita sedang menghampiri matlamat itu, namun memerlukan pengorbanan, kesabaran serta keazaman bagi mencapai hasrat negara untuk menguasai Gaza termasuk memerangi Hamas.

"Keselamatan dan keamanan rakyat Israel untuk hidup di bumi ini menjadi keutamaan. Kita akan terus membela rakyat Israel buat selama-lamanya," katanya sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Baitulmuqaddis, di sini.

Olmelt berkata, Israel tidak akan membiarkan usaha-usaha untuk mencapai matlamat kebangsaan ini digagalkan oleh mana-mana pihak.

"Kita sedang membilang jari dan yakin dalam waktu terdekat ini, kita akan menguasai Gaza," katanya.

- AFP

No comments: