BAITULMAQDIS 9 Jan. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari mendedahkan kekejaman askar Israel pada 4 Januari lalu, yang membunuh ramai orang awam yang berkumpul dalam sebuah rumah sebelum membedil rumah berkenaan.
LELAKI ini kelu seribu bahasa menahan kesedihan ketika mendukung mayat anak lelakinya yang maut akibat ditembak tentera Israel di bahagian kepala, semalam
Menurut PBB yang memetik keterangan beberapa orang saksi, askar Israel telah mengarahkan kira-kira 110 penduduk Palestin memasuki sebuah rumah di Zeitun, sebelum membedil rumah itu berkali-kali 24 jam kemudian, menyebabkan kira-kira 30 orang maut.
PBB berkata, saksi-saksi melaporkan kejadian itu berlaku pada 4 Januari lalu.
Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal- Ehwal Kemanusiaan (OCHA) yang memetik keterangan beberapa saksi melaporkan, pada 4 Januari lalu askar Israel yang berjalan kaki memindahkan kira-kira 110 penduduk Palestin, separuh daripada mereka kanak-kanak, ke dalam sebuah rumah kecil di Zeitun dan memberi amaran kepada mereka supaya jangan keluar.
Kira-kira 24 jam kemudian, tentera Zionis telah membedil rumah tersebut berkali-kali, menyebabkan kira-kira 30 orang terkorban.
OCHA menyifatkan serangan itu sebagai salah satu insiden paling dahsyat sejak tentera Israel melancarkan serangan besar-besaran di Genting Gaza pada 27 Disember lalu.
"Mangsa yang terselamat dalam kejadian itu berjalan kaki sejauh dua kilometer ke jalan Salah Ed Din, sebelum dibawa ke hospital dengan kenderaan awam.
"Tiga kanak-kanak, paling kecil berusia lima bulan, meninggal dunia setibanya mereka di hospital," menurut OCHA dalam laporan mengenai situasi di Genting Gaza.
Satu pasukan perubatan Palang Merah dihalang memasuki kawasan kejadian sehinggalah tiga hari kemudian dan mereka hanya dibenarkan masuk dengan berjalan kaki, tanpa ambulans, lapor OCHA.
Ketika diminta mengulas mengenai laporan itu, seorang jurucakap tentera Israel berkata, dakwaan itu sedang disiasat seperti juga dakwaan lain yang mengatakan tembakan dilepaskan ke arah penduduk awam dan juga dakwaan askar gagal membantu penduduk awam yang cedera.
- AFP

No comments:
Post a Comment