Tuesday, January 20, 2009

Tiada Pengunduran Penuh Israel - Utusan Melayu

BAITULMAQDIS 20 Jan. – Rejim Zionis tidak membincangkan soal pengunduran sepenuhnya bala tentera Yahudi di Gaza pada masa ini, kata jurucakap tentera beberapa jam sebelum majlis pelantikan Barack Obama sebagai presiden Amerika Syarikat (AS).

Ditanya mengenai laporan yang mengatakan tentera darat Israel akan meninggalkan Gaza sebelum Obama mengangkat sumpah hari ini, jurucakap tentera, Avital Liebovich berkata, buat masa ini, tiada sesiapa membicarakan soal pengunduran sepenuhnya tentera.

Seorang pegawai kanan di kementerian pertahanan menambah, ia bergantung kepada realiti-realiti di kawasan bergolak tersebut.

‘‘Kami secara progresif mengurangkan bilangan bala tentera kami di Genting Gaza tetapi kami mengekalkan unit-unit kami dalam keadaan berjaga-jaga di luar kawasan bagi membolehkan mereka bertindak balas segera kepada apa sahaja keadaan,’’ katanya, yang enggan dilaporkan namanya. – AFP

No comments: