ROME: Pegawai kanan Vatican kelmarin mengeluarkan kritikan paling keras terhadap Israel sejak krisis terbaru Asia Barat itu bermula dan menggelar Gaza sebagai 'kem tahanan besar.'
Presiden Majlis Vatican bagi Keadilan dan Keamanan, Kardinal Renato Martino, mengeluarkan kenyataan berkenaan dalam temubual dengan akhbar online Itali, Il Sussidiario.net.
"Penduduk yang tidak berupaya mempertahankan diri selalunya menjadi mangsa. Lihat saja keadaan di Gaza: ia semakin kelihatan seperti kem tahanan yang besar," Martino dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun, Israel menyelar pegawai Vatican kerana membandingkan Semenanjung Gaza dengan 'kem tahanan' dan berkata kenyataan itu 'berasaskan propaganda Hamas.'
"Mengeluarkan kenyataan yang nampaknya berasaskan propaganda Hamas sambil tidak mempedulikan jenayah pergerakan itu tidak membawa orang ramai semakin hampir dengan kebenaran dan keamanan," kata jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor. AFP/Reuters
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment