Friday, January 9, 2009

Sekitar Demonstrasi Aman Bantah Serangan Israel di Malaysia

Berita Harian
KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 membabitkan 127 badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi aman dan menyerahkan memorandum bantahan tiga muka surat kepada wakil Duta Amerika Syarikat di sini, jam 2.45 patang tadi.

Bantahan terhadap campur tangan Amerika Syaikat ke atas serangan Israel di Semenanjung Gaza dan konlfik Palestin itu didakan di pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, di sini.

Utusan Melayu
KUALA LUMPUR 9 Jan. – Kira-kira 3,000 umat Islam mengadakan perarakan dan demonstrasi mengutuk kekejaman Israel yang menyerang dan membunuh rakyat Palestin di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini petang ini.

Mereka berarak membawa sepanduk dan kain rentang mengecam Israel dan mengajak rakyat Malaysia memboikot barangan buatan Yahudi dan Amerik Syarikat.

Ia bermula pukul 2.20 petang dari Masjid Tabung Haji berdekatan Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak, iaitu sejurus mereka selesai menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.

Mereka yang disertai ahli badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam kemudian menuju ke pejabat kedutaan tersebut di jalan yang sama.

Kira-kira 100 anggota polis trafik dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal lalu lintas serta keselamatan di lokasi berkenaan.

No comments: