GAZA: Pergerakan Hamas akan menggunakan rangkaian terowong bawah tanah yang besar untuk melancarkan serangan terhadap askar Israel yang terus menyerang Gaza jika tentera Yahudi itu memasuki kawasan padat penduduk di sini.
GAMBAR pada 2007 menunjukkan seorang penduduk Palestin yang mengorek terowong di Rafah, memakai topeng bagi mengelak daripada dikenali.
Pejuang Palestin menggunakan mortar bagi menyerang tentera rejim Zionis itu, dakwa pegawai pertahanan Israel kepada akhbar Daily Telegraph, semalam.
Anggota pasukan itu dipercayai mendapat latihan di Lubnan dan Iran. Mereka bersembunyi dalam rangkaian 300 terowong yang boleh dimasuki melalui masjid, rumah komander Hamas dan bangunan awam, dakwa pegawai itu lagi.
Dalam pertempuran, Hamas menggunakan terowong untuk mengumpan tentera Israel masuk perangkap memudahkan serang hendap dilakukan untuk menawan atau membunuh mereka.
Kesukaran berperang di bandar, bahaya ditembak rakan sendiri di kawasan sempit, disifatkan sebagai punca utama Israel mengumumkan tidak mahu memanjangkan operasi di Gaza.
Kelebihan terowong berkenaan kepada pejuang sudah lama diketahui sejak tentera Amerika Syarikat terbabit dalam Perang Vietnam.
Hamas menggunakan terowong ketika menawan Gaza - dengan mengusir tentera Fatah daripada wilayah itu pada 2007. Terowong itu dianggap pertahanan terhadap serangan Israel.
Komander Israel tidak banyak mendedahkan maklumat pertempuran di Gaza selain menghalang kemasukan wartawan ke wilayah berkenaan yang dikatakan bertujuan mengelak kesilapan yang dilakukan ketika kempen 2006 menentang pergerakan Hizbullah di Lubnan.
Sebagai persediaan, rejim Zionis membina jalan raya dan bangunan berlatar belakangkan budaya Arab di kem latihannya untuk menghadapi serangan Hamas.
"Kami bukan menentang tentera, tetapi banyak pertempuran berlaku membabitkan terowong termasuk serangan jarak dekat dan kami berusaha menghadapinya berperingkat," kata pegawai kepada media Israel.
Hamas menggunakan terowong untuk menanam letupan membolehkannya memilih waktu serangan di bangunan berhampiran kedudukan tentera Israel.

No comments:
Post a Comment