Sunday, December 28, 2008

Masjid Gaza Dibom Tentera Udara Yahudi Laknat

GAZA: Israel mendakwa tentera udaranya berjaya mengebom sebuah masjid di Bandar Gaza semalam selepas kononnya dikenal pasti dijadikan sarang aktiviti pengganas.

Pasukan perubatan Palestin berkata, dua rakyat tempatan terbunuh dalam serangan udara itu, sebahagian siri serangan udara oleh Israel ke atas Gaza yang mengorbankan 227 penduduk Palestin dalam tempoh 12 jam semalam.

Jurujucakap tentera Israel pula berkata, Israel sebenarnya mengelak daripada menyerang institusi keagamaan tetapi "sesiapa yang menyerang Israel tidak akan menemui sebarang pengganas di dalam kemudahan awamnya."

Beliau berkata, masjid yang dobom itu terletak di sebuah bandar di daerah Rimal.

Beliau juga mendakwa, roket Hamas semalam mengenai rumah ibadat Israel. - Reuters

Yahudi Laknat Terus Serang Gaza Pada Hari Ke-2

GAZA: Israel melancarkan serangan udara pada hari kedua, hari ini untuk memberi tekanan kepada Hamas dengan 229 terbunuh pada serangan berterusan 24 jam ke atas Palestin dalam konflik yang berlarutan selama 60 tahun itu.

"Palestin tidak akan berdiam diri diperkotak-katikkan sebegini," ikrar pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh bahawa kumpulan Islam yang menguasai wilayah pesisir pantai sejak Jun 2007 lalu akan membalas dendam termasuk mengadakan serangan bom berani mati ke atas kafe dan jalan raya Israel.

Israel menempatkan kereta kebal dan tentera infantri di sepanjang sempadan Gaza dan jurucakap tenteranya berkata: "Operasi ketenteraan akan berterusan dan kini sedang bersiap sedia."

Negara Yahudi itu mendakwa mereka bertindak balas selepas militan Gaza melancarkan serangan roket dan mortar secara intensif selepas Hamas bersetuju mengadakan gencatan senjata selama enam bulan, minggu lalu.

Serangan militan itu menyebabkan kecederaan dan pemimpin Israel dikatakan menerima tekanan dalam persiapan mengadakan pilihan raya pada 10 Februari nanti.

Tinjauan umum mendapati kumpulan sayap kanan pembangkang negara itu, Likud diramal akan menang.

Israel berkata, pesawat pejuangnya melancarkan kira-kira 100 serangan pada Sabtu manakala militan Palestin membalas 70 serangan roket ke arahnya, mengorbankan seorang penduduk Israel.

"Ada masanya kita berdiam dan ada masa untuk bertindak balas," kata Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada siaran televisyen.

He kemudian berkata, sebarang perjanjian dengan Hamas tidak boleh dipercayai lagi.

Asap tebal hitam boleh dilihat di sekitar bandar Gaza selepas Israel mengebom lebih 40 kawasan keselamatan dengan mayat bergelimpangan serta mangsa yang cedera di sebuah majlis graduasi tentera baru Hamas. - Reuters

Yahudi Laknat Terus Mengganas

BANDAR GAZA 28 Dis. – Israel melancarkan serangan terbaru ke atas Genting Gaza awal hari ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam lagi rakyat Palestin. Beratus-ratus lagi cedera selain memusnahkan harta benda.
KEKEJAMAN ISRAEL... Sebuah keluarga berlari menyelamatkan diri apabila peluru berpandu tentera udara Israel memusnahkan bangunan di kem pelarian Rafah, Genting Gaza, dalam serangan terbaru rejim zionis di wilayah berkenaan, semalam. - AFP

Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.

Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu.

Serangan itu, merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas rejim zionis melancarkan serangan udara ke atas perkarangan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, semalam yang menyebabkan hampir 290 rakyat Palestin maut, manakala 700 lagi cedera.

Kepulan asap tebal kelihatan di bandar ini. Bunyi siren kedengaran sejurus selepas serangan itu memberi amaran kepada penduduk Palestin tentang serangan Israel.

Israel turut melancarkan serangan di kem pelarian Khan Younis dan Rafah di Selatan wilayah ini semalam menyebabkan 23 orang terbunuh dan 30 orang lagi cedera.

Ekoran keganasan terbaru itu Malaysia bersama negara-negara lain telah mengutuk kekejaman rejim Zionis itu sambil menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan sewajarnya berhubung keadaan tegang di Gaza.

Dalam serangan awal hari ini, mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Shifa di bandar ini.
Bumi Gaza dihujani lebih 100 tan bom dan peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat pejuang Israel dalam serangan tersebut.

Jurucakap tentera Israel di Tel Aviv mengesahkan serangan tersebut.

Perdana Menteri Israel Ehud Olmert berkata, serangan kedua tentera Israel itu bertujuan mengekang tindakan Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel.

“Serangan ini bagi mengembalikan ketenangan di selatan Israel, yang sering diancam serangan roket-roket pejuang Hamas.

– Agensi

Seluruh Dunia Kutuk Serangan Israel

BRUSSELS 28 Dis. - Kuasa-kuasa dunia mengutuk serangan udara Israel semalam dan menuntut keganasan dihentikan segera ke atas kedudukan pasukan keselamatan Hamas di Genting Gaza, sebagai membalas serangan roket oleh pejuang Palestin itu.

Di Asia Barat, Liga Arab menyalahkan rejim Yahudi itu sementara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menuduh Israel melakukan "jenayah perang" kerana tidak menghiraukan nyawa penduduk awam Palestin.

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Mussa mahu Menteri-Menteri Luar negara Arab mengadakan mesyuarat tergempar di Kaherah hari ini bagi membincangkan serangan Israel itu.

Kesatuan Eropah (EU), Rusia dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menggesa kedua-dua pihak segera menghentikan keganasan.

Ketua dasar luar EU, Javier Solano berkata, tindakan Israel itu akan hanya memburukkan lagi krisis kemanusiaan selain merumitkan usaha mencari penyelesaian secara damai di rantau itu.

EU menggesa supaya semua pintu keluar dari Gaza dibuka semula dan penghantaran bekalan bantuan dan bahan api ke wilayah itu dipulihkan.

EU juga mendesak Israel menarik balik sekatan terhadap kemasukan pertubuhan kemanusiaan antarabangsa, wartawan dan diplomat ke Gaza.

Sementara itu, Kementerian Luar Rusia mendesak Israel "menghentikan segera penggunaan kekerasan secara besar-besaran ke atas Genting Gaza."

- AFP

Israel Perhebat Operasi Tentera Di Genting Gaza

BANDAR GAZA 28 Dis. - Israel tidak mengendahkan seruan masyarakat antarabangsa supaya menghentikan serangan, sebaliknya memberi amaran akan memperhebatkan operasi tentera ke atas Genting Gaza, termasuk mengerahkan askarnya ke wilayah Palestin ini.

Seorang kanak-kanak lelaki Palestin yang cedera dalam serangan udara Israel awal pagi semalam didukung oleh seorang penduduk Palestin untuk dihantar ke hospital al-Shifa.
- Reuters


Amaran Israel itu dikeluarkan ketika pesawat pejuang rejim Yahudi itu terus membedil kedudukan Hamas di wilayah ini hari ini menyebabkan enam lagi rakyat Palestin terkorban, menjadikan lebih 290 rakyat Palestin maut, manakala 650 lagi cedera dalam tempoh 24 jam selepas serangan udara Israel pertengahan pagi semalam.

Bumi Gaza telah dihujani lebih 100 tan bom dan peluru berpandu pesawat udara Israel dalam tempoh itu.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berikrar untuk meluaskan kempen pengeboman besar-besaran yang dilancarkan, sebagai membalas tembakan roket pejuang Hamas.

"IDF (Pasukan Pertahanan Israel) akan memperluaskan dan memperhebatkan operasinya di Gaza seberapa banyak yang perlu.

"Kami bersedia untuk menghadapi apa sahaja, malah jika tentera darat diperlukan untuk mempertahankan rakyat kami, kami akan berbuat demikian," kata Barak menurut kenyataan jurucakapnya.

Sementara itu, Setiausaha Kabinet Israel, Ovad Yehezkel berkata, Israel telah membuat persediaan bagi menghantar lebih 6000 tentera simpanan ke Genting Gaza.

"Kabinet telah meluluskan draf penghantaran beribu-ribu tentera simpanan berkenaan.

"Penghantaran itu termasuklah unit penggempur dan unit barisan hadapan," katanya.

Televisyen Israel melaporkan, tentera darat sudah mula menghimpunkan askar dekat Gaza sebagai persiapan untuk memasuki wilayah itu.

Dalam pada itu pesawat perang rejim Yahudi terus membedil wilayah miskin yang dihuni 1.5 juta orang itu hari ini, menyebabkan enam orang terbunuh. - AFP

Makin Derita Rakyat Palestin

BANDAR GAZA 27 Dis. - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, hari ini.

Penduduk Palestin membantu seorang wanita yang cedera parah dalam serangan udara Israel di bandar Gaza semalam.

Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.

Mangsa yang terkorban termasuk 120 di bandar ini dan 23 lagi di Khan Younis dan Rafah, lapor Al Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza.

Antara yang terbunuh ialah ketua polis Gaza, Mejar Jeneral Tawfiq Jabber.

Sejurus selepas serangan itu, Hamas dan puak-puak Palestin lain mengisytiharkan, mereka telah mengarahkan pejuang masing-masing supaya menuntut bela terhadap keganasan rejim Yahudi itu.

"Semua pejuang diarah bertindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel," menurut kenyataan Hamas, Jihad Islam dan puak bersenjata lain.

Siaran televisyen menunjukkan mayat bergelimpangan di sebatang jalan dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital oleh penyelamat.

Jurucakap polis Hamas, Islam Shahwan berkata, serangan itu dilakukan ketika majlis tamat latihan untuk anggota polis baru sedang berlangsung di pekarangan ibu pejabat sebuah pejabat polis di bandar ini.

Pekarangan pasukan keselamatan Hamas selalunya terletak di kawasan awam dan serangan udara pertama dilancarkan ketika kanak-kanak baru hendak keluar dari sekolah.

Kepulan asap tebal kelihatan di bandar ini, bunyi siren kedengaran di jalan raya dan kaum wanita dengan cemas mencari-cari anak mereka.

Di bahagian lain Gaza, 23 orang terbunuh dan 30 lagi cedera dalam serangan ke atas kem pelarian Khan Younis dan Rafah di selatan wilayah ini.

Seorang wartawan Reuters melaporkan bahawa pelabuhan Bandar Gaza dan kemudahan pasukan keselamatan Hamas mengalami kerosakan teruk.

Tentera Israel mengesahkan mereka melancarkan serangan tersebut, yang menyusuli keputusan Kabinet keselamatan Perdana Menteri, Ehud Olmert untuk memperhebatkan tindakan balas ke atas pejuang Palestin yang melancarkan roket ke wilayah Israel.

Israel sebelum ini memberi amaran akan melancarkan serangan ke atas kedudukan Hamas di Gaza berikutan tindakan pejuang Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel.

Tempoh gencatan senjata enam bulan antara kedua-dua pihak berakhir di Gaza minggu lepas.

Kira-kira 12 roket dan bom mortar dilancarkan oleh pejuang Palestin dari Gaza semalam.

Sementara itu Presiden Palestin, Mahmud Abbas berkata, beliau sedang berhubung dengan banyak negara ekoran serangan Israel berkenaan.

"Saya sedang berhubung dengan banyak negara Arab dan negara-negara lain bagi mendesak Israel menghentikan serangan berkenaan yang merupakan pembunuhan beramai-ramai," katanya kepada AFP dari Arab Saudi hari ini.

- Agensi

Fahmi Huwaydi Berbicara Tentang Nakbah

Pelik, dan amat sarkas sekali. Bagaimana Gaza yang dibiarkan kelaparan dan kurang serba-serbi dan disekat. Tiba-tiba Israel yang diberi kemudahan gas. Pelik dan ganjil, dan lebih menyedihkan Negara Abou Houl ini menawarkan harga 3 kali lebih murah dari pasaran antarabangsa. “Kenapa perlu berikan subsidi kepada entiti tak bermaruah itu?” kata ahli Parlimen Ikhwan Muslimin,respon Sabri Aamer. Kecewa mengambil tempat.

Fahmi Huwaydi menyifatkan ia sebagai satu lagi Nakbah pada tahun ini. Sebuah hadiah 'special' sempena hari ‘kemerdekaan’ Israel. Ini kerana ‘hadiah’ istimewa diberi di bulan kelahiran Israel. Kenyataan memalukan ini menimbulkan pelbagai keganjilan . Apa pun, itulah kenyataannya! Kenyataan yang Mesir susah benar diharapkan. Dan ini menurutnya lagi bukanlah Nihayatul Mataf semenjak 1948.

Hal demikian itu disebabkan ianya akan menjadi titik tolak kelahiran-kelahiran Nakbaat(kesedihan-kesedihan) yang lain!! Dan ianya mungkin akan lebih menggerikan lagi. Dan kekejaman akan berterusan berlaku. Kebongkakan Rejim Mesir dan Israel tidak mengenal erti halal dan haram. Tidak mengenal di mana kawan dan di mana musuh.

Dan hal itu telah pun menjadi kenyataan, hari di mana masuknya gas di Israel. Helikopternya telah membunuh empat jiwa di Gaza. Lebih menyedihkan, seorang daripada mereka mati disebabkan tiada ambulans yang boleh menyelamatkan. Tetapi itu adalah mustahil kerana ambulans Gaza mati gara-gara ketiadaan bahan api untuk menggerakkannya!! Minyak yang dirampas dari ‘hak’ mereka oleh Israel. Minyak yang digunakan untuk menghina mematikan kehidupan di Gaza…

Selain itu,Al-Jazeera melaporkan pihak PBB melalui seksyen UNWRA tidak dapat mengedarkan bantuan untuk penduduk Gaza kerana kenderaan-kenderaan banyak yang tidak dapat bergerak kerana kekurangan petrol.

Fahmi Huwaydi menyeru(dan saya juga bersama beliau). Semua aktivis-aktivis republik dari kalangan ‘human right’ dan ahli-ahli Diwan Al-Sya’b yang mendakwa mereka berkempen untuk bangsa agar memberhentikan segera bekalan gas kepada negara haram Israel kerana kita sudah melihat natijah dari pelaksanaan itu. Natijahnya hanyalah jenayah!! Dan ini juga akan meraikan lagi kemaslahatan negara ini dan generasi akan datang. Juga ia akan memberikan satu jaminan untuk rakyat Palestin yang berhadapan kekejaman Daulah Ibrani haram itu.

*Fahmi Huwaidi seorang Mesir dan salah seorang editorial Al-Sharq Al-Awsat, penganalisis politik Mesir dan, aktivis keamanan, dan penulis isu-isu Palestin dan polemik Timur Tengah.

Note:
zahid naser

Fatwa Yahudi Laknat: Halal Darah Warga Arab Palestin.

Laman web al-jazeera.net melaporkan bahawa para khakham (ulama besar) Yahudi telah meluluskan fatwa menghalalkan darah warga Arab Palestin (Islam dan Kristian) sebagai balasan kepada pembunuhan kader-kader mereka di bandar al-Quds. Fatwa yang akan disebarkan keapda umum pada hari Sabtu, 29 Mac 2008 melalui majalah rasmi kumpulan ultra ortodoks Yahudi itu bertajuk ‘Darah Yahudi lebih mahal dari emas’.
Rabbi dari bandar Safd, Samuel Eliyahu telah mengesahkan perkara tersebut dan menyeru agar kerajaan Israel mengulangi menubuhkan semula unit 101 yang pernah diketuai oleh Ariel Sharon pada masa lampau. Unit tersebut terkenal dengan kekejaman mereka membunuh warga awam Arab dan juga pembunuhan kelarga-keluarga Arab di kampung Qabyah dan Nahalin pada tahun 50’an. Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.

Eliyahu menjelaskan bahawa fatwa berkenaan adalah bersumberkan dari Taurat. Menurut beliau darah kaum selain dari Yahudi adalah halal dan mereka berhak untuk melakukan perkar ayang sedemikian. Beliau mendakwa, jika pihak AS dan Rusia boleh menumpahkan darah kaum Muslimin, mengapa kaum Yahudi tidak boleh dibenarkan melakukan perkara yang sama. Fatwa tersebut telah mengundang kritikan dan penentangan dari ahli parlimen Arab di dalam knesset rejim Zionis Israel. Mereka membawa isu tersebut ke pihak pengadilan dan meminta agar fatwa yang berbau keganasan tersebut diharamkan oleh pihak mahkamah tinggi kerajaan rejim.

Agak ironik, darah lebih 100 rakyat Gaza telah ditumpahkan sebelum peristiwa serangan ke atas kader-kader Yahudi ultra Ortodoks. Tidak pula kedengaran mana-mana ulama Islam di Gaza menghalalkan darah warga awam Yahudi di seluruh dunia. Peliknya, apabila nyawa para kader-kader ultra ortodoks Yahudi Zionis yang juga merupakan anggota tentera sukarelawan rejim terbunuh, mereka menghalalkan darah semua warga Arab Palestin.

Note: Maszlee Malik, Durham, UK

Selamatkan Rakyat Gaza !

Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang alin demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim ZIonis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat. “Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).

Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.

Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….

Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:

1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.

Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya.

2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.

4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)

5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.

6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.

8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.

Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-

a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.

b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.

c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.

d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.

Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.

e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.


Gerakerja Secara Kolektif

Ikhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.

“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..” (At-Taubah : 105)


Note:
Dr. Mahmoud Ezzat,
Setiausaha Agung,
Jamaah Ikhwan Muslimin.
Terjemahan : Maszlee Malik

Jom Selamatkan Gaza !

Selamatkan Gaza! Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran manakala kanak-kanak, wanita, orang-orang tua, pesakit-pesakit serta ribuan yang lain turut berada di kemuncak krisis kemanusiaan di Gaza. Situasi yang amat kritikal yang sedang berlaku di Gaza ini adalah kerana konspirasi jahat yang dilakukan oleh Yahudi Zionis dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS daripada memerintah Gaza semenjak awal tahun 2006.

Kepungan yang sudah menjangkau dua tahun yang dilakukan oleh rejim Zionis telah memberikan pelbagai kesengsaraan yang berpanjangan kepada rakyat Palestin. Kemuncaknya, akibat gelaran ‘entiti musuh’ yang telah diluluskan oleh kabinet Israel terhadap HAMAS di Gaza, penduduknya yang seramai 1.5 juta orang telah menerima hukuman secara kolektif daripada Israel.

Masyarakat tempatan dan antarabangsa mengetahui bahawa pilihanraya yang bersih telah berlangsung pada Januari 2006 dengan HAMAS menguasai Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dengan mengalahkan Parti Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas (Abu Mazein). Pilihanraya yang telah diperhatikan oleh PBB dan diakui sendiri oleh mantan Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter sebagai pemerhati bebas; merupakan pilihanraya yang bersih dan terhindar daripada segala penipuan.

Masyarakat tempatan dan antarabangsa mengetahui bahawa pilihanraya yang bersih telah berlangsung pada Januari 2006 dengan HAMAS menguasai Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dengan mengalahkan Parti Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas (Abu Mazein).

Malangnya rejim yahudi zionis tidak memperakui kehendak maoriti rakyat Palestin dengan memperhebatkan serangan tanpa mengira waktu dan tempat, umur dan jantina sehingga menyebabkan rakyat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza yang hanya seluas 360 km menderita kesengsaraan. Bukan setakat itu sahaja, sekatan demi sekatan terutamanya kemasukan keperluan utama rakyat Palestin dikuasai sepenuhnya oleh rejim zionis sehinggalah kemuncaknya apa yang berlaku sekarang ini.

Keadaan di Semenanjung Gaza amat menyedihkan dengan bekalan ubat-ubatan, makanan, barangan keperluan asasi yang lain terutamanya minyak telah disekat kemasukannya oleh rejim zionis melalui pintu-pintu sempadan yang dikawal oleh mereka. Bekalan tenaga elektrik juga tidak dapat diagihkan akibat sekatan kemasukan petrol ke Gaza. Hospital tidak dapat beroperasi dengan para pesakit terus mengalami kesakitan dan ada yang mati kerana kesejukan serta pembedahan yang tidak dapat dilakukan.

Anak-anak kecil menangis kelaparan kerana kilang roti tidak dapat membekalkan roti disebabkan bekalan tepung tidak diperolehi. Para pesakit yang ada di hospital terus mengalami penderitaan dan kesakitan kerana ubat yang sepatutnya diberikan kepada mereka tidak diperolehi kerana bekalan ubat tidak sampai. Bayi yang dilahirkan tidak mendapat makanan yang mencukupi yang boleh mengakibatkan kematian, anak-anak yang bersekolah terus menghadapi pelbagai kesusahan kerana bekalan elektrik yang diputuskan dan malam yang gelap adalah fenomena yang terpaksa diterima oleh rakyat Palestin di Gaza.

Akibat kesengsaraan dan kezaliman yang berterusan tanpa ada suara pemimpin antarabangsa termasuklah daripada negara Islam sendiri; meletupkan tembok pemisah gergasi di Rafah adalah penyelesaian sementara yang dilakukan oleh pasukan keselamatan HAMAS bagi menyelamatkan rakyat Gaza daripada terus kebuluran dan tidak mendapat keperluan asasi yang sepatutnya diterima sebagai seorang manusia. Adalah diharapkan kerajaan Mesir tidak menutup kembali sempadan Rafah kerana itulah satu-satunya jalan yang digunakan oleh rakyat Palestin di Gaza bagi mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian mereka.

Umat Islam di seluruh dunia perlu menginsafi hakikat ini. Keperitan yang dialami oleh rakyat Palestin yang sudahpun terlalu menderita semenjak tahun 1948 lagi perlu dikongsi oleh seluruh manusia khususnya umat Islam. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap keprihatinannya sama ada di dalam isu-isu kemanusia dan isu-isu perjuangan untuk kebebasan perlu mengambil bahagian dengan memberikan sumbangan yang tidak berbelah-bahagi kepada rakyat Palestin. Jika dahulu semasa era penjajahan negara-negara kuasa-kuasa besar terhadap negara-negara lain di dunia ini termasuklah di Malaysia, penentangan yang dilakukan terhadap rakyat negara dijajah adalah terhadap negara yang menjajah.

Penentangan ini boleh dilihat melalui perjuangan yang dilakukan oleh rakyat negara ini menentang British dan juga Jepun. Walaubagaimanapun apa yang berlaku di Palestin amat berbeza sekali. Ini adalah kerana Palestin dijajah oleh seluruh dunia yang didokongi oleh rejim zionis melalui proksinya Amerika Syarikat. Kesatuan Eropah dan negara-negara lain berganding bahu melumpuhkan Palestin terutamanya di Gaza melalui pelbagai sekatan yang mereka lakukan terhadap rakyat Palestin. Rakyat Palestin berjuang bersendirian bagi memastikan kebebasan mutlak diperolehi oleh mereka. Persengkokolan kuasa-kuasa besar bagi memastikan Palestin terus “diratah” oleh rejim zionis menunjukkan apa sebenarnya yang dilakukan oleh dunia kepada Palestin khususnya di Semenanjung Gaza.

Keadaan aman yang dirasai oleh rakyat Malaysia perlulah disyukuri dengan nikmat pemberian Tuhan ini. Walaubagaimanapun adakah kita perlu melupakan saudara seakidah kita di Palestin khususnya di Gaza. Adakah kita terfikir di saat kita menyuapkan roti canai dan nasi lemak setiap pagi sama ada di hotel atau di warung, rakyat Palestin di Gaza sedang bertarung dengan nyawa untuk mendapatkan sekeping roti.

Adakah kita menyedari di saat kita sedang sakit dan sedang menjalani rawatan di hospital swasta mahupun hospital kerajaan swasta tidak kira kelas berapa, rakyat Palestin di Gaza tidak memperolehi pun ubat-ubat asasi yang diperlukan oleh mereka. Adakah kita menginsafi, kesusahan yang kita alami di Malaysia sekarang masih lagi ada yang prihatin untuk membantu sedang rakyat Palestin di Gaza tiada siapa yang membantu atau prihatin terhadap mereka. Atas dasar sifat kemanusiaan, atas dasar persaudaraan seislam dan atas dasar pegangan akidah, rakyat Palestin di Gaza perlu dibantu.

Aman Palestin Berhad yang ditubuhkan pada tahun 2006 adalah badan yang memberikan fokus dan penumpuan kepada isu yang berlaku di Palestin. Untuk itu pelbagai projek yang telah dan akan dilakukan oleh Aman Palestin untuk menjamin rakyat Palestin terus mendapat hak-haknya sebagai seorang manusia biasa. Aman Palestin telah bekerjasama dengan badan-badan kerajaan, badan NGO dan orang perseorangan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti penerangan sambil mengumpulkan dana untuk disalurkan terus kepada rakyat Palestin melalui projek-projek yang dirancang.

Aman Palestin juga bekerjasama dengan pihak media dan penerbitan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, TV 3, RTM dan TV 9 dengan matlamat mengumpulkan dana bagi membantu pelarian Palestin yang sedang menghuni kem-kem pelarian di Lubnan dan Syria serta rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Semoga usaha yang dilakukan oleh rakyat Malaysia menjadi amal kebajikan yang memberi kemurahan rezeki yang berpanjangan. Selamatkan Gaza!.

Note: Nadzri Munsman ialah Perunding AMAN PALESTIN.

Thursday, December 25, 2008

Pembela Al-Quds : UMAR AL-KHATTAB

Nama sebenarnya Umar bin al-Khattab bin Naufal. Beliau dari suku Quraisy Bani Adi. Lahir pada tahun 583M. Rasulullah s.a.w. menggelarnya dengan nama al-Faruq yang bererti orang yang tahu membezakan antara yang benar dan yang salah. Saiyidina Umar r.a. juga terkenal sebagai ahli sastera yang hebat, pensyair yang bijaksana,pahlawan yang berani, orang yang adil dan mematuhi perintah Allah SWT.

Semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a. banyak negara telah berada dibawah pmerintahan Islam termasuklah Palestin di mana terdapat kota Baitul Maqdis. Umar al-Khattab telah berjaya membebaskan Baitul Maqdis atau al-Quds dari kekuasaan empayar Rom yang zalim. Penduduk al-Quds ketika itu majoritinya beragama Kristian menyambut dengan gembira pemerintahan Islam kerana mereka merasakan bebas dari penindasan dan kezaliman pemerintah Rom sebelum itu.

Setelah al-Quds jatuh ke tangan tentera Islam, penduduk beragama Kristian ingin membuat perjanjian damai dengan Khalifah Umar al-Khattab r.a. sendiri, mereka enggan membuat perjanjian dengan sesiapa pun di kalangan ketua-ketua Islam yang lain. Ini kerana mereka ingin melihat sendiri wajah Khalifah Umar al-Khattab r.a. yang terkenal dengan sifat adil dan kasihnya kepada golongan mustadaffin, fakir dan miskin. Mereka sanggup menunggu kedatangan Umar al-Khattab r.a.

Khalifah Umar al-Khattab memahami hasrat rakyat al-Quds, maka beliau pun berangkatlah ke sana dengan seorang pengiring dan seekor unta sebagai tunggangan dari Madinah. Oleh kerana ada hanya seekor unta sebagai tunggangan, maka khalifah dan pembantunya membuat persetujuann untuk menunggang unta secara bergilir-gilir dengan pembantunya, dimulai dengan khalifah selepas itu pembantunya sehinggalah tiba di kota al-Quds.

Apabila hampir tiba di ibu kota al-Quds, tibalah giliran pembantunya menaiki unta dan khalifah berjalan kaki. Pengiringnya enggan menaiki unta kerana dilihatnya ramai penduduk sedang menyambut kedatangan khalifah Umar al-Khattab, pada pendapatnya tentulah tidak wajar dia yang menunggang unta sedangkan khalifah berjalan kaki. Lagi pun penduduk menunggu kedatangan khalifah, sudah tentu khalifah yang sepatutnya diberi penghormatan menunggang unta bukan pembantunya.

Khalifah Umar al-Khattab marah dengan sikap pembantunya kerana menurut persetujuan sebelum berangkat mereka akan bergilir-gilir menunggang unta, kini adalah giliran pembantunya. Umar al-Khattab dengan tegas tetap menyuruh pembantunya menunggang unta. Menurut Umar al-khattab r.a. "Inilah ajaran Islam, keadilan adalah hampir kepada taqwa. Aku tidak sedikit pun keberatan berjalan kaki sedangkan engkau menunggang unta. Dan aku sama sekali tidak berasa terhina berbuat demikian. Terpulanglah kepada penduduk Baitul Maqdis untuk membuat tafsiran masing-masing. Aku sanggup beri penjelasan jika mereka kehendaki. Nah sekarang, ikut perintahku, ikut perintah khalifahmu. Naiklah unta ini!".

Setelah memasuki kota al-Quds, berduyun-duyunlah penduduk menyambut kedatangan khalifah Umar al-Khattab r.a. Alangkah terkejutnya mereka melihat melihat peribadi agung khalifah yang masuk berjalan kaki sedangkan pembantunya menaiki unta. Dengan perasaan hairan bercampur kagum mereka menyaksikan kejadian yang mengusik kalbu tersebut.

Betapa besarnya perbezaan khalifah Islam dengan Raja Rom yang memerintah mereka sebelum ini. Ini menambahkan lagi rasa hormat mereka pada khalifah Islam yang rendah diri ini. Inilah salah satu dari keadilan Umar al-Khattab r.a. Berapa ramai pemimpin dan raja-raja yang sanggup mencontohi peribadi mulia ini dizaman sekarang?

http://www.palestinkini.info/