Tebing Barat (bahasa Arab: الضفة الغربية, al-Ḍiffaṯ al-Gharbīyyaṯ, bahasa Ibrani: הגדה המערבית, Hagadah Hamaaravit) merupakan sebuah daerah tanpa pantai di Timur Tengah yang merangkumi kawasan di barat Sungai Jordan yang dikuasai oleh Jordan di akhir perang Arab-Israel pada 1948. Kemudian pada 1967, ia ditawan oleh Israel ketika Perang Enam Hari.
Kini, sebahagian daerah ini ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin, manakala sebahagian lain masih dikawal Israel. Bersama-sama Jaluran Gaza, ia membentuk daerah Palestin yang menjadi rebutan antara dua pihak tersebut.
Di sinilah letaknya bandar Baitulmuqaddis (Jerusalem), tempat letaknya Al Haram Al Sharif yang menjadi punca utama pertelingkahan orang Islam dan Yahudi.
Tuesday, November 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment