JIKA terowong menjadi nadi kehidupan kebanyakan warga Semenanjung Gaza, bagi Hamas, terowong adalah paksi kekuatan ketenteraannya.
Ini diakui Komander Israel bahawa pergerakan Islam masih memiliki jumlah senjata yang besar dan mempunyai lebih 20,000 pejuang terlatih yang mana mereka bergerak melalui terowong jauh di bawah sempadan Mesir.
Terowong ini adalah kunci memastikan kuasa politik dan ketenteraan Hamas yang bukan saja menjadikan mereka sasaran serangan Israel malah menjadi isu utama dalam rundingan gencatan senjata.
Selain sebuah terowong yang dikenali sebagai Koridor Philadelphi yang sudah diketahui Israel, ada ratusan lagi terowong yang berselirat antara Gaza dan Mesir.
Pengarah Pusat Pengajian Strategik Begin-Sadat Universiti Bar-Ilan Israel, Prof Efraim Inbar, percaya kerajaan Israel bertanggungjawab pada kewujudan pelbagai terowong ini.
“Israel tidak melihatnya sebagai serius pada awalnya. Malah tidak menggunakan sumber dan wang yang ada untuk mengesan dan menghentikannya. Masalah yang dihadapi Israel sekarang adalah mereka perlu memusnahkan semua terowong ini dan memastikan ia tidak akan dibina pada masa depan,” katanya,
Terowong yang berselirat di bawah tanah Semenanjung Gaza memiliki sejarah yang panjang. Ia dibina bertahun dulu dengan pelbagai kedalaman dan keluasan.
Terowong menjadi laluan pelbagai benda, daripada anak kambing kepada roket. Malah, ada yang hanya dikhaskan untuk golongan kenamaan dengan laluan yang lebih pendek.
Sebelum ini, Israel pernah menimbangkan untuk menangani kewujudan terowong ini dengan menggali parit yang dipenuhi dengan air laut. Justeru, setiap pengguna terowong berisiko untuk lemas. Bagaimanapun, pelan itu tidak menjadi kerana ia boleh mendedahkan Gaza pada keadaan bawah tanah yang rapuh.
Israel juga pernah meminta Amerika Syarikat membekalkan jurutera tentera yang boleh membina dinding bawah tanah di sebelah Mesir bersebelahan Koridor Philadelphi. Amerika Syarikat bersetuju pada prinsipnya walaupun tidak jelas sama ada pihak Mesir memberikan kebenaran.
Ketakutan Israel pada terowong di Gaza yang semakin banyak dibuka semula amat jelas apabila mereka meminta pihak berkuasa antarabangsa memantau gencatan senjata.
Malah, Israel cuba untuk memusnahkan jaringan bawah tanah ini dengan bom jenis bunker-busting (bom yang boleh menembusi sasaran bawah tanah) yang diperoleh dari Amerika Syarikat.
Nicholas Pelham, penganalisis dari Kumpulan Krisis Antarabangsa berkata, penutupan terowong ini secara kekal adalah proses utama dan berpanjangan.
“Tanpa memperoleh semua wilayah, sukar untuk menutup terowong ini dalam masa yang lama,” katanya.
Apa yang membuat Israel lebih bimbang apabila sayap bersenjata Hamas, Briged Izz Al-Din Al-Qassam menggunakan terowong untuk persiapan perang. Sayap itu dikatakan menghantar ribuan pejuang untuk berlatih di Iran dan Lubnan melalui terowong, taktik yang digunakan secara berjaya oleh Hizbollah bagi menentang Israel pada 2006.
Menurut seorang Komander Hamas, satu daripada pelajaran yang dipelajari daripada terowong adalah ia mengurangkan risiko yang diambil apabila menyerang balas.
“Jangan ledakan bom di situ, gali terowong dan gunakan wayar peledak bagi membolehkan misil dilancarkan dari jauh. Jadi, Hamas hanya akan kerugian tiub atau alatan menembak yang hanya berharga RM30.20 dan bukan pejuang,” katanya.
Komander Islam Jihad, Abu Bilal yang beroperasi secara bebas di Gaza, mengakui serangan roket secara psikologinya memusnahkan Israel tetapi memiliki impak ketenteraan yang sedikit.
“Kami tidak boleh berbuat apa-apa selain serangan roket dan harapan mereka memasuki Gaza. Kami berdoa supaya kereta kebal masuk ke kawasan kami, semua pejuang akan menunggu peluang untuk membunuh mereka,” katanya.
Rangkaian persenjataan Hamas termasuk misil Qassam yang dihasilkan di Gaza dan roket tiruan Russia yang dihasilkan di China. Semua itu diseludup melalui sempadan selain mortar, mesingan, bom, pelancar roket dan pelbagai senjata perang lain yang diimprovisasi.
Hamas juga mewarisi stok senjata infantri Amerika Syarikat dan amunisi yang ditinggalkan Pergerakan Fatah apabila pejuangnya keluar dari Gaza pada 2007.
Hamas juga meningkatkan struktur ketenteraannya dengan lima briged di bawah komander berbeza yang melapor kepada Ketua Izz Al-Din Al-Qassam. Mereka juga dilatih bergerak dalam unit individu jika keadaan memerlukan.
Selain itu, pejuang Hamas juga meningkatkan propaganda melawan persenjataan Israel. Dengan wartawan yang dihalang memasuki Palestin oleh tentera Israel, laman web Hamas - Pusat Maklumat Palestin (PIC) adalah senjata utama bagi mendapatkan sumber berita. Ia menyiarkan berita duka berikutan serangan Israel dan ikrar untuk menyerang wilayah yang dikuasai Israel.
PIC juga memberi alamat web yang lain jika laman web itu gagal dicapai. Ini kerana Israel sentiasa mencari jalan memusnahkan Hamas termasuk mengganggu stesen TV Hamas, Al-Aqsa dengan menyelitkan kartun menunjukkan pejuang Hamas diletupkan dengan nasihat 'anda tidak akan berjaya'.
Info Penting:
1. Ada lebih 750 terowong di bawah bumi Gaza dan satu daripadanya ditemui Israel dikenali sebagai Koridor Philadephi.
2. Terowong yang biasa untuk penyeludupan barangan pengguna panjangnya antara 800 hingga 1,400 meter dengan kedalaman antara 15 hingga 30 meter.
3. Pembinaan mengambil masa paling kurang enam bulan.
4. Upah menggali RM480 sehari.
5. Dianggarkan 90 peratus produk yang memasuki Gaza setiap bulan bernilai RM128 juta dan semuanya dibawa melalui terowong melalui Mesir.
6. Jaringan bawah tanah ini juga sumber pendapatan dan senjata bagi pergerakan Hamas dengan bayaran RM8,880 untuk setiap terowong.
Tuesday, January 27, 2009
Fakta: Kubu Rahsia Pejuang Hamas - Syabas Tentera Islam!
Israel Lancar Serangan Udara Di Selatan Gaza - Berita Harian
BANDARAYA GAZA: Israel melancarkan serangan udara ke atas sasaran di selatan Gaza, mencederakan seorang pejuang Hamas.
Serangan udara itu dilancarkan beberapa jam selepas letupan bom tepi jalan membunuh seorang askar Israel dan mencederakan tiga yang lain di sempadan Israel-Gaza.
Hamas menyatakan pejuangnya diserang ketika sedang menunggang motosikal di bandar Khan Younis.
Penduduk pula menyatakan kereta kebal dan jentolak Israel turut memasuki kawasan di mana letupan bom itu berlaku dan meratakan beberapa ladang.
Insiden itu adalah yang terburuk sejak kedua-dua pihak mengisytiharkan gencatan senjata minggu lalu. - AP

Askar Israel Terbunuh Dekat Sempadan Gaza - Berita Harian
GAZA: Seorang askar Israel dilaporkan terbunuh di sempadan Gaza berikutan serangan bom pejuang Palestin, sekali gus mengancam gencatan senjata yang diisytihar lebih seminggu lalu.
Seorang petani Palestin kemudian terbunuh akibat tembakan balas Israel.
Ia adalah pertempuran pertama sejak Israel menamatkan serangan ganas selama 22 hari pada 18 Januari lalu dan berlaku menjelang lawatan wakil Asia Barat kepada Presiden Amerika Syarikat, George Mitchell, ke rantau itu.
Semalam, Barack Obama, menyatakan sekarang adalah waktu yang sesuai untuk menyambung semula rundingan damai bagi rantau itu.
Tentera Israel menyatakan sebutir bom diletupkan terhadap pasukan peronda di sebelah pagar sempadannya dekat Kissufim di tengah Semenanjung Gaza.
Penduduk Palestin berhampiran kawasan itu pula berkata mereka melihat sekumpulan dua atau tiga pejuang bergerak ke arah sempadan itu sebelum kedengaran letupan dan tembakan sejurus jam 8 pagi (2 petang waktu Malaysia).
Namun, mereka tidak pula melihat pejuang terbabit pulang selepas pertempuran itu.
Berikutan itu, Israel bertindak menutup pintu sempadan itu yang digunakan bagi membawa masuk bantuan kemanusiaan kepada 1.5 juta penduduk Gaza. - Reuters

Askar Israel, Pejuang Palestin Bertempur Di Sempadan Gaza - Berita Harian
BAITULMAQDIS: Askar Israel dan pejuang Palestin bertempur di sempada Gaza, kejadian pertama sejak gencatan senjata minggu lalu, kata saksi Palestin dan tentera Israel.
Penduduk di bandar Kissufim berkata bunyi tembakan jelas kedengaran dan helikopter Israel berlegar di udara.
Tentera Israel berkata satu alat letupan meletup di sempadan, dipercayai mensasarkan pasukan peronda tentera.
Bagaiamanapun, ia enggan memberi butiran kejadian itu.
Israel dan pejuang Hamas mengadakan gencatan senjata sejak 19 Januari lalu selepas serangan ganas Israel selama tiga minggu ke atas Gaza. - AP

Tuesday, January 20, 2009
Pendeta Yahudi 'HALAL'kan Bunuh Wanita & Kanak-Kanak - Berita Harian
GAZA: Laporan sebuah akhbar Arab Saudi, Al Watan, mendedahkan pendeta Yahudi mengeluarkan kenyataan agama membolehkan wanita dan kanak-kanak Palestin dibunuh dan mengampunkan setiap penduduk Yahudi yang melakukan jenayah itu.
Menurut akhbar berkenaan, pendeta berkata, tindakan pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis di Semenanjung Gaza selari dengan ajaran Yahudi menganggap pembunuhan itu sebagai 'hukuman besar ke atas musuh.'
Ia juga menyebut salah seorang pendeta mengeluarkan kenyataan bahawa tiada masalah dalam menghapuskan penduduk Palestin tidak kira walau sejuta orang atau lebih dibunuh oleh tentera Zionis.
Memetik kenyataan daripada Book of Geneses, pendeta Mordachi Elyaho, menghantar risalah mingguan kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, mengandungi artikel membolehkan Yahudi melaksanakan idea hukuman besar-besaran ke atas musuh selari dengan etika perang dalam kitab Taurat.
"Standard ini boleh dilaksanakan kepada kes Gaza sebagai semua penduduk wilayah itu bertanggungjawab kerana tidak melakukan apa-apa untuk menghalang bedilan roket Briged Qassam," kata Elyaho dalam suratnya kepada Olmert sambil mendesak beliau meneruskan serangan ke atas penduduk Palestin kerana 'menghapuskan penduduk awam Palestin tidak menjadi satu kesalahan.'
Seorang lagi pendeta radikal, Yesrael Rozin, dipetik sebagai berkata undang-undang dalam Taurat membolehkan pembunuhan lelaki, kanak-kanak, wanita, orang tua, bayi dan haiwan ternakan musuh.
Pendeta Sholomo Elyaho pula menggariskan: "Jika kita membunuh 100 daripada mereka tetapi mereka enggan menghentikan serangan roket, kita perlu membunuh 1,000; dan jika membunuh 1,000 pun mereka masih tidak berhenti, kita perlu membunuh 10,000 dan terus membunuh walaupun sudah mencecah sejuta orang tanpa mengira masa yang diambil untuk membunuh mereka." Agensi

Askar Israel Tembak Budak Di Kepala - Berita Harian
KAHERAH: Doktor yang mengendalikan satu-satunya mesin pengimbas otak di hospital di Mesir berhampiran Gaza terkejut apabila mendapati ramai kanak-kanak Palestin yang tiba dengan peluru berada di dalam kepala.
Dalam masa sehari minggu lalu, kakitangan Hospital -Al Arish di Sinai dipanggil untuk mengadakan imbasan CAT pada seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, dua mangsa berusia 10 tahun dan seorang remaja 14 tahun, setiap seorang dengan peluru terlekat pada otak selepas diserang oleh tentera Israel dalam operasi mereka di Gaza.
Pegawai Israel, bagaimanapun terus bertegas menafikan tentera sengaja mensasarkan penduduk awam sebaliknya menyalahkan Hamas kerana berlindung di dalam rumah penduduk Gaza dan menjadikan mereka sebagai perisai manusia.
Beratus-ratus mangsa kekejaman Israel dipindahkan menyeberangi sempadan Mesir di Rafah untuk mendapatkan rawatan segera.
Antara mereka yang tiba minggu lalu adalah Anas Haref, sembilan tahun, yang tiba dengan peluru di dalam otaknya. Ketua trauma kepala hospital berkenaan, Dr Ahmad Yahia, memberitahu nenek mangsa bahawa cucunya dijangka tidak hidup lama.
"Peluru itu merosakkan sebahagian besar otaknya. Ia menembusi dinding tengkorak dan terus ke bahagian bawah," katanya.
Dr Yahia, yang juga pakar bedah saraf, percaya Haref ditembak dari jarak dekat.
"Jika perubahan dalam otak berlaku begitu teruk bermakna kuasa penyerapannya juga tinggi. Saya tidak dapat memutuskan dengan tepat sama ada kanak-kanak ini sengaja ditembak tetapi dalam sesetengah kes peluru datang dari arah depan dan pergi ke arah belakang yang membuatkan saya rasa senjata diarahkan betul-betul kepada mereka," katanya.
Ketua pasukan perubatan di hospital itu, Dr Ayman Abd Al Hadi, pula berkata: "Pernah sekali kami menerima kanak-kanak dengan dua peluru di dalam kepalanya. Keadaan itu pasti menngesahkan sesuatu."
Beliau turut memuji pasukan perubatan di Gaza kerana dapat menyelamatkan banyak nyawa di sebalik kekurangan kakitangan, bekalan dan peralatan.
"Namun cuma peratusan kecil kanak-kanak dapat selamat dari kecederaan peluru di dalam kepala. Jika tiga kanak-kanak selamat, mungkin 97 lagi masih berada di Gaza tidak bernasib baik," katanya.
Sementara itu di BAITULMAQDIS, pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International semalam menuduh Israel melakukan jenayah peperangan, dan menyatakan penggunaan fosforus putih di kawasan kependudukan padat di Gaza adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Fosforus putih adalah bahan yang mudah terbakar dan bercahaya terang serta boleh bertahan lama.
"Penggunaan senjata ini dengan meluas di kawasan kependudukan tinggi di Gaza adalah tidak wajar," kata Donatella Rovera, penyelidik Asia Barat Amnesty International.
"Penggunaannya ke atas orang awam adalah jenayah perang," katanya. AP/Agensi

Tiada Pengunduran Penuh Israel - Utusan Melayu
BAITULMAQDIS 20 Jan. – Rejim Zionis tidak membincangkan soal pengunduran sepenuhnya bala tentera Yahudi di Gaza pada masa ini, kata jurucakap tentera beberapa jam sebelum majlis pelantikan Barack Obama sebagai presiden Amerika Syarikat (AS).
Ditanya mengenai laporan yang mengatakan tentera darat Israel akan meninggalkan Gaza sebelum Obama mengangkat sumpah hari ini, jurucakap tentera, Avital Liebovich berkata, buat masa ini, tiada sesiapa membicarakan soal pengunduran sepenuhnya tentera.
Seorang pegawai kanan di kementerian pertahanan menambah, ia bergantung kepada realiti-realiti di kawasan bergolak tersebut.
‘‘Kami secara progresif mengurangkan bilangan bala tentera kami di Genting Gaza tetapi kami mengekalkan unit-unit kami dalam keadaan berjaga-jaga di luar kawasan bagi membolehkan mereka bertindak balas segera kepada apa sahaja keadaan,’’ katanya, yang enggan dilaporkan namanya. – AFP

Subscribe to:
Posts (Atom)